Seribu kemaafan lah hamba pohon sebab lama sangat tak post... sedih sebenarnya tak dapat nak post something... tapi apakan daya... usaha dah di laksanakan... cuma tak ada rezeki...
Hamba sebenarnya nak bercerita pasal Naqia Coperation SDN.BHD ini... hamba tertarik sebenarnya bila pertama kali hamba singgah di pusat operasi yang baru mereka di Wangsa Maju, belakang Wangsa Walk... yelah... seorang wanita dapat berdiri sebagai usahawan yang teguh selama 10tahun... semenjak tahun 2001... siapa tak raspect... semasa hamba bertanya mengenai perniagaan nie dengan beliau............
Beliau banyak menceritakan pahit manis, asam garam, tawar masam dalam perniagaan... banyak lah yang beliau cerita... tapi yang hamba paling ingat beliau berasa kecewa sangat apabila usaha beliau mengwujudkan air mussofa ini diciplak dan ditiru... kalau bahasa inggeris nya... copy paste lah... hehehe... tapi..............
Tapi satu je yang hamba masih terdengar-dengar dari mulutnya... rezeki masing-masing... dan itu allah yang bagi... tak salah untuk berkongsi... bila terdengar macam tu... nak nangis hamba di buatnya... macam tengok cerita hindustan... hahahaha...
Dekat sana hamba ditunjukan macam mana nak menghasilkan air mussofa ini...
Bahan-bahan yang perlu disediakan... (macam nak memasak)... hehehe
(cecair yang digunakan untuk menulis ayat-ayat al-quran pada pinggan putih dan sebatang kayu)
(contoh surah al-ikhlas ditulis pada pinggan)
(ini sahabat hamba yang mencuba pertandingan menulis surah al-ikhlas pada pinggan)
orang kata... kalau tak ada aktiviti ini tak seronok lawatan kan...
Barangan lain juga ada dikeluarkan oleh Naqia ini selain air mussofa...
Dan akhir sekali... biasa lah lawatan ini kalau tak ada benda free tak seronok... hehehe... syarikat Naqia Coperation memberi kan sedikit buah tangan untuk kami bawa blek ke kuis...
0 comments:
Post a Comment