Thursday, January 27, 2011

How to make - Ayam Kampung Goreng Berempah

Assalamualaikum


Anda sekarang bersama saya dalam rancangan masak-masak ...
Bersama saya Chef Mohamad Farhan Zulhusmi ...
Dan hari ini saya hendak berkongsi dengan anda cara-cara untuk memasak atau How to make - Ayam Kampung Goreng Berempah ...


Bahan-bahannya  ...
Cut (director)........................
hahahaha ...

Dah macam rancang dalam television ...
Ada bakat nie nak jadi chef ... hehehe ... boleh kalahkan Chef Wan nie ... (tinggi cita-cita) ... hehehe ...
Ok ...
Aku hari nie nak kongsi dengan kalian semua tentang resepi ayam kampung goreng berempah ...

Kejap-kejap ...........
Apa perbezaan ayam kampung dengan ayam yang lain ?
Apalah ... hehehe
Tak ada lah ... kalau letak Ayam Kampung Goreng Berempah nie lampak lah keunikanya ...
Padahal sama je ...


Bahan-bahan Ayam Kampung Goreng Berempah
-1 ekor ayam dipotong empat
-100 gm serbuk kari
-200 gm halia
-100 gm ketumbar biji
-100 gm lengkuas
-10 ulas bawang merah
-6 batang serai dikisar
-5 ulas bawang putih
-3 tangkai daun kari
-2 sudu jintan putih
-1/2 sudu jintan manis
-garam secukup rasa


Cara memasak
-Perap ayam bersama semua bahan selama 15minit
-Kemudian panaskan kuali dan goreng ayam bersama daun kari sehingga masak
-Dan sedia menikmati

Selamat mencuba

Wassalam







0 comments:

Pembaca-pembaca Farhan